Kimanis : “Ibu bapa diharap mengambil peranan yang sewajarnya untuk mencemerlangkan anak – anak mereka dalam pelajaran dan tidak menyerahkan sepenuhnya tugas mendidik anak – anak pada bahu guru – guru semata – mata,kata
Zulkhairi Hj .Ismail
Zulkhairi juga berkata , murid perlu berdisiplin dan memberikan tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar,di samping itu juga, murid – murid perlu menjaga kesihatan kerana tidak lama lagi mereka akan menduduki peperiksaan UPSR, Kesihatan amat penting selain daripada persediaan yang mencukupi untuk menjawab soalan – soalan peperiksaan,
Beliau juga memaklumkan bahasa Yayasan Sabah Zon Selatan membuat program seperti ini di semua sekolah di sekitar zon ini. Tujuannya membantu pihak sekolah dalam usaha untuk mereliasasikan visi dan misi sekolah. Beliau menambah, Yayasan Sabah berjanji akan menghantar para pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang 5A atau 4A 1B ke sekolah – sekolah terbaik di Negara ini terutamanya sekolah – sekolah di Semenanjung dan Sarawak. Selain itu, YS juga akan memberi hadiah sagu hati kepada para pelajar yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR yang mereka duduki.
Terdahulu daripada itu, Guru Besar SK.Kimanis En.Yusuf Minin dalam ucapnya, mengharpkan para pelajar akan terus berusaha demi mencapai kejayaan dalam peperiksaan nanti.Pada masa yang sama Yusuf juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Yayasan Sabah Zon Selatan yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program Motivasi di SK.Kimanis.