SEJARAH KIMANIS : Penempatan Elleina suatu permulaan.
(Bahagian I)
Kimanis merupakan pusat perdagangan yang penting sebelum Papar dibuka. Sungainya yang dalam sesuai untuk kapal-kapal dagang berlabuh pada zaman dahulu. Hinggalah ke zaman 'Chartered Company'.Kimanis terkenal pada zaman dahulu kerana terdapat Gong atau Canang yang sangat bermutu tinggi yang dibuat oleh orang-orang Cina tempatan. Dikatakan mungkin asal nama Kimanis itu adalah dari perkataan 'Cina' .Apa yang diketahui bahawa orang-orang Cina yang berada di Kimanis pada tahun 1865 telah dibawa masuk oleh American Trading Company yang beribu pejabat di Hong Kong. Kimanis ketika itu di bawah talukan Brunei dan disewa kepada American Trading Company dan mereka membuka penempatan di muara Sungai Kimanis yang dinamakan "Elliena Settlement".


